Sekadar nak bercerita untuk lepaskan rasa hati yg sikit terluka tapi masih boleh tersenyum dengan gelagat sepupu yg agak keterlaluan.
Pada aku keluarga adalah segalanya tiada sebab untuk aku merampas atau menbuat keluarga ku cemburu pada satu perkara yang tak pasti atau sekadar cerita gossip untuk di jadikan bahan cerita yang bodoh.
Sedarlah... kerana sikap bodoh mu itu pasti orang yang kau sayangi itu akan lari kepada orang lain pada satu masa kerana menluat dengan apa yang kau sendiri lakukan...
Masa tu pasti kau akan berputih mata ..Jangan masa tu kau akan menyesal akan segala apa yg telah kau lakukan kerana sikap cemburu buta dan kebodohan mu sendiri.
Aku tahu sampai saat ini pun aku tetap sendiri tapi aku bukanlah insan seperti apa yang kau fikirkan.....sepatutnya keluarga boleh memahami ku lebih dari orang luar tapi ini sebaliknya.
Pada ku semua keluarga adalah tempat ku tumpang kasih sayang tapi kalau keluarga sendiri pun mencemburui aku pada sesiapa aku nak bercerita dan menumpang kasih lagi.... kerana aku cuma ada kalian dalam hidup ini dan kawan-kawan yang rapat dan faham akan aku.
Aku cuba buat yang terbaik... bukan senang untuk gembirakan hati orang sedangkan hati aku sendiri terluka bila diri ku di perkatakan seperti itu sedangkan cerita sebenar pun berada di depan mata dan kau sendiri pun tahu ... kenapa buat cerita spekulasi yang tak betul dan berbau fitnah ni kau taburkan pada ku.
Sedangkan selepas hari itu tiada apa pun yang tersirat di hati ku ... aku dah cuba buat yang terbaik bila kalian datang bertandang ke rumah ku meskipun aku tak sempat menyediakan masakan yang lazat untuk hidangkan pada kalian kerana kesuntukan masa..tapi aku dah pun buat yang terbaik...dan termampu aku lakukan demi kalian semua....
Bila aku balik kampung dan mendengar cerita yang kurang enak ni... aku cukup sedih dan terasa yang amat sangat... kenapa cerita bodoh ini yang ada... mana perginya penat lelah aku lakukan untuk kalian bersama aku di sini
Bila aku dengar cerita yang menburukkan aku...aku cukup sedih dan teramat sedih meskipun di bibir ku masih lagi terukir senyuman tapi hati ku terasa sangat dengan apa yang kau fikirkan
Demi ALLAH... aku tak seburuk itu..meskipun sampai sekarang aku sendiri aku yakin dalam hidup ku akan hadir seorang insan yang lebih baik dari apa yang dirimu miliki.
Harta di dunia kau yang punya tapi aku mahu keduanya..seorang yang tahu pada tanggungjawap dan tahu pada sejadah dunia...
Adakah kau miliki itu.... kau cuma ada harta dunia ..tapi kau kurang pada sejadah dunia.....bukan niat untuk aku aibkan mu..tapi fikirkan aku sedih dengan kehidupan mu..berubahlah.... kesenangan hari ini tak akan kekal dengan sikap yang ada pada dirimu itu.... Hidup mu kini macam hidup kepura-puraan....fikir-fikirkanlah
Kau sepupu ku darah daging ku.... tak akan mudah untuk lakukan itu untuk mu apatah lagi untuk aku merebat suami mu atau sesiapa saja demi kepentingan diri sendiri.
Aku lebih suka begini dari aku hidup bermadu atau di cop mengambil hak orang..
Cara dan sikap mu itu menunjukan kebodohan yg keluar darimu secara tak kau sedar...dan hanya menbuat orang lain ketawa melihat kebodohan mu yang nyata tiada apa yang perlu kau cemburui....Kenapa kau takut sangat aku ambil suami mu?... kelakar... kelakar...tahu tak....cukup kelakar...
kenapa baru sekarang kau cemburui aku... kenapa tidak sebelum ni.....kalau betul aku ni minat gan suami mu dan ingin mengodanya bukanlah hari ni tapi dah lama...tapi untuk apa?.... terfikirkah kau tentang itu?.....
Untuk berada dalam sengketa dan bermasam muka...seronok sangakah hidup macam tu?.... Macam lah kau kenal aku hari ini... itu bukan jalan hidup aku... aku tak di ajar untuk sakiti hati orang meskipun hati aku disakiti.....
Berubahlah semuga rumahtangga yang di bina akan kekal ke akhir nyawa...itu selalu aku doakan buat semua yang aku sayangi.... Aku rela bergini ...susah senang aku sendiri... selagi ALLAH bagi aku kehidupan dan ALLAH bagi aku kasih sayang ... aku tetap sayangi kalian sampai akhir nyawa... biarlah mati ku dengan senyuman bukan dengan seribu penyesalan.
Tag/Label :
Dipostkan @ 05:09 PM
|
3
Komen
|
Report Abuse